Sejarah perkembangan penyakit zoonotik Zoonosis

Kebanyakan zaman prasejarah manusia dihabiskan sebagai kumpulan kecil pemburu-pengumpul; kumpulan ini jarang lebih besar dari 150 individu, dan jarang berhubung dengan kumpulan lain. Disebabkan ini, penyakit epidemik atau pandemik, yang bergantung kepada pergaulan berterusan manusia yang tidak membentuk tindak balas imunisasi, dengan itu cenderung pupus selepas serangan pertama pada pupulasi. Untuk terus hidup, pathogen biologi perlu wujud sebagai jangkitan kronik, kekal hidup pada hos untuk tempoh yang panjang, atau memiliki takungan semulajadi bukan manusia dalam mana untuk hidup sementara menunggu hos baru lalu. Malah, bagi kebanyakan penyakit 'manusia', manusia sebenarnya merupakan mangsa kemalangan dan hos jalan mati. (Ini merupakan benar bagi penyakit anjing gila, antrax, tularemia, virus Nil Barat, dan banyak yang lain). Dengan itu, kebanyakan perkembangan manusia berkait dengan penyakit zoonotik, bukan epidemik.

Kebanyakan penyakit moden, malah penyakit epidemik, bermula sebagai penyakit zoonotik. Ia sukar untuk memastikan bila penyakit melompat dari haiwan lain pada manusia, tetapi terdapat bukti yang baik bahawa measles, smallpox, influenza, HIV, dan diphtheria sampai pada kita melalui jalan ini. Selsema, dan tuberculosis mungkin juga bermula pada spesies lain.

Di zaman moden, zoonoses tarikan praktikal kerana is sering kali penyakit yang tidak dikenali sebelumnya atau memiliki peningkatan keganasan pada populasi tanpa iminisasi. Virus Nil Barat muncul di Amerika Syarikat pada 1999 di kawasan Bandar New York, dan bergerak melalui negeri pada musim panas 2002, menyebabkan banyak penderitaan. Wabak Bubonik merupakan penyakit zoonotik,[5] sama juga salmonella, Rocky Mountain spotted fever, dan penyakit Lyme.

Punca utama yang menyumbang pada kemunculan pathogen zoonotik baru pada populasi manusia adalah peningkatan hubungan antara manusia dan haiwan liar (Daszak et al.., 2001). Ini boleh disebabkan aktiviti manusia menceroboh ke kawasan liar atau pergerakan haiwan liar ke kawasan aktiviti manusia akibat gangguan anthropologikal atau persekitaran. Contoh sebegini adalah wabak virus Nipah di semenanjung Malaysia pada tahun 1999,apabila perladangan babi intensif menceroboh ke kawasan habitat semulajadi keluang yang membawa virus. Kejadian limpahan yang tidak dikenalpasti menyebabkan jangkitan pada populasi babi yang bertindak sebagai hos penguat, akhirnya menjangkitkan virus pada peladang dan menyebabkan kematian 105 orang (Field et al.., 2001).

Sama juga, pada masa kini selsema burung dan virus Nil Barat telah melimpah pada populasi manusia kemungkinannya akibat interaksi antara hos pembawa dan haiwan peliharaan. Haiwan banyak bergerak seperti kelawar dan burung mungkin mewakili risiko pemindah zoonotik lebih tinggi berbanding haiwan lain disebabkan dengan mudah ia mampu bergerak ke kawasan habitat manusia.

Penyakit seperti malaria, schistosomiasis, buta sungai, dan untut bukan zoonotik, sungguhpun ia disebarkan melalui serangga atu menggunakan vector hos perantaraan, kerana ia bergantung pada hos manusia pada sebahagian kitaran hayat mereka.